Welcome To My Blog

Tuesday 17 July 2012

Sunday 20 May 2012

Alhamdulillah semua assignment telah pun berjaya disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pensyarah. Bersyukur ke hadrat Allah  swt dengan limpah kurnianuya maka semuanya dapat disempurnakan dengan baik. Semoga kejayaan akan menyebelahi kita semua bagi Student PJJ  Ambilan Khas 46/47

Friday 20 April 2012

Rancangan Pengajaran Harian

  
            Rancangan Pengajaran Harian
Tarikh  :  23 Februari 2012                                         Masa  :  11.45 – 12.45
Hari     :  Khamis                                                            Bilangan Pelajar :  28 orang
M/Pelajaran :  Matematik ( Tahun 1 )                         Bidang :   Nombor dan Operasi
Tajuk  :  Nombor Bulat Hingga 100
Objektif :  Pada akhir pembelajaran murid dapat :
a)    Menulis nombor hingga 100 dalam
i-              Bentuk angka
ii-             perkataan
Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah
1.    mengenal nombor bulat hingga 100
2.    Murid sudah biasa menyebut dan menamakan  nombor hingga 100
Konsep  :  1) Penggabungjalinan- menyebut dan menulis
                 2) Penyerapan -  bahasa Melayu dan pendidikan seni
                 3) Berpusatkan guru dan murid
Bahan   : kad  imbasan angka hingga 100,  kad gambar
                Benda maujud , buku teks,  lembaran kerja.
Nilai    :  bekerjasama dalam kumpulan dan berani memberi idea
Kemahiran  :  Kreativiti dan Inovasi
                       -membuat pemerhatian dan analisis, menyusun maklumat mengikut kriteria



Langkah / Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
Persediaan
(  10 minit )

Soal jawab
Berdasarkan kad imbasan





1.Tunjukkan kad imbasan angka 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9
satu demi satu
Minta murid menyebut apa yang dilihat.

2. Minta murid membentuk angka yang dipaparkan dengan plastesin.

1.Murid melihat kad imbasan yang ditunjukkan.






-murid  menyebut angka yang dilihat

2.Murid membentuk angka yang dipaparkan dengan plastesin.


Strategi/Teknik
Penyoalan seluruh kelas

BBM : kad imbasan angka
plastesin

Perkembangan
Langkah 1
( 10 minit )

Aktiviti luar bilik darjah

1.Bahagikan murid kepada 3 kumpulan
-minta ketua kumpulan membentuk nombor yang disebut.


2.Kumpulan yang cepat dan cantik tulisan diberi hadiah.

3.Minta murid mencari kad nombor yang disebut oleh guru dalam kumpulan
-cari kad nombor 20                                                      

1.melantik ketua kumpulan
-menulis nombor yang disebut oleh guru

2.Murid mencari dan mempamerkan kepad guru.                                      

Teknik inkuiri penemuan

Nilai dan sikap;
Bekerjasama semasa melakukan aktiviti kumpulan



                                 

Langkah 2
( 15 minit )
















Menulis dalam bentuk angka dan perkataan





1.Paparkan kepada murid beberapa keping kad gambar seperti  gambar topi.




Berapakah jumlah topi yang terdapat dalam gambar tersebut?

2.Minta murid menulis nombor dalam bentuk angka.
-Tuliskan bilangan topi tersebut dalam angka.
3. Ulang dengan contoh gambar yang lain. 


1.Murid melihat gambar dan menyebut bilangan topi dalam bentuk angka.

 -Murid mengira jumlah topi dan menyebutnya.



2.Murid  keluat menulis angka di bawah gambar





Teknik penyoalan seluruh kelas
-KBKK




BBM:
Kad gambar

Langkah 3
( 10 minit )

Penjanaan idea


1.Guru lekatkan gambar buah dan minta murid memadankan  dengan kad angka dan perkataan.
-berapa jumlah huah yang kamu lihat?
-Sebutkan bilangan buah tersebut?
-Padankan kad angka dengan gambar.

1.Murid mencari kad angka dan perkataan dan memadankan dengan gambar.

-Murid menjawab soalan yang diberi .

Aktiviti Pengukuhan

Langkah 4
( 10 minit )

Tindakan.
Latihan dalam kelas
Menjawab lembaran kerja.

1. Edarkan lembaran kerja kepada setiap murid.


1.Menjawab soalan dalam lembaran kerja

BBM
Lembaran kerja 1 dan 2

Penutup/Refleksi
( 5 minit )


Penegasan dan Pengukuhan

1.Masukkan objek (guli) dalam satu bekas.
Minta seorang murid menyatakan bilangan objek tersebut.
2.Meminta murid lain mencari kad angka dan tunjukkan kepada kawan.


1. Murid mengira objek dan menyatakan bilangannya.


2.Murid memilih kad angka dan mempamerkan.

BBM    
Objek /Benda maujud


 






Sunday 15 April 2012

Contoh RPH PSV Tahun 1


Jabatan Pelajaran Negeri Kedah
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
KELAS
MASA
PELAJARAN

KANDUNGAN

CATATAN / IMLAK
1 BESTARI
60 MINIT
SENI VISUAL
Bidang        : Menggambar
Aktiviti         : Lukisan
Tema          : Alam Benda
Tajuk           : Rumah

Standard Pembelajaran ( objektif )
1.1 Persepsi Estetik ( set induksi )
1.1.1 Unsur seni – garisan, rupa, warna
1.1.2 Prinsip rekaan – imbangan, kepelbagaian

1.2 Aplikasi Seni ( isi kandungan )
1.2.1   - alat : pembaris     Media : kertas lukisan, warna pensil dll.
1.2.2  -  Teknik : lukisan

1.3 Ekspresi Kreatif: ( langkah )
1.3.1 Murid membuat garisan selari dan melengkung berpandukan   contoh dan tunjuk cara guru.
1.3.2Murid membuat garisan-garisan selari dan melengkung untuk menghasilkan satu karya seni dengan bimbingan guru.
1.3.3 Menghasilkan karya.

1.4 Apresiasi seni :
      Murid mempamer, mencerita dan menghargai  hasil karya sendiri
      dan rakan.


REFLEKSI :


EMK :
  1. Kreatif dan Inovatif
  2. Keusahawanan
  3. TMK


BBM :

Contoh-contoh garisan
Gambar rumah



Saturday 17 March 2012

MBMMBI

        Dasar MBMMBI ialah Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.
        Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di Sekolah Jenis Tamil.
        Bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara, bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia.Manakala Bahasa Inggeris pula merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan ilmu untuk bersaing di peringkat antarabangsa.